PENYELUDUPAN DADAH DARI KAWASAN SEGI TIGA EMAS THAILAND SERTA KESAN TERHADAP KESELAMATAN EKONOMI MALAYSIA

Authors

  • Amer Fawwaz Mohamad Yasid National Defence University of Malaysia.

Keywords:

Drugs, Drug Trafficking, Economy Security, Golden Triangle, Cold War

Abstract

Kegiatan penyeludupan dadah merupakan jenayah popular kerana berupaya untuk menjana pendapatan kewangan lumayan kepada sindiket penyeludupan dadah sama ada diperingkat antarabangsa mahupun tempatan. Kemasukan dadah ke Tanah Melayu bermula sejak awal kurun ke-18 oleh imigran Cina. Walaubagaimanapun, kemasukan dadah dari luar negara secara haram semakin kritikal selepas tamat Perang Dunia Kedua menyebabkan Kerajaan British mengharamkan penggunaan dadah di Tanah Melayu secara menyeluruh pada tahun 1952. Kewujudan kawasan Segi Tiga Emas Thailand awal tahun 1960-an sebagai kawasan pengeluaran utama heroin dunia telah menjadikan Malaysia terdedah kepada kegiatan penyeludupan dadah dari luar negara. Objektif kajian ini adalah mengenalpasti bagaimana kemasukan dadah ke dalam negara hingga mewujudkan ancaman terhadap keselamatan ekonomi negara Malaysia. Kajian ini telah menggunakan kaedah kualitatif berdasarkan sumber primer dan sumber sekunder. Sumber primer telah diperolehi daripada proses temubual bersama informan manakala sumber sekunder diperolehi daripada buku ilmiah, artikel jurnal serta tesis akademik. Konsep Keselamatan Ekonomi telah digunapakai bagi menerangkan fenomena yang dikaji. Dapatan kajian telah menerangkan kesan yang terhasil daripada kegiatan penyeludupan dadah dari kawasan Segi Tiga Emas Thailand terhadap keselamatan ekonomi negara Malaysia.

Drug trafficking is a widespread crime as it is a lucrative business among organisations at the local or international level. The introduction of Opium in Malay Peninsular during the eighteenth century by the Chinese immigrants was the beginning of drug abuse problems in the region. Nevertheless, the illegal drug smuggling activities were actively occurring by the end of World War Two, making the British Government in Malaya ban the public usage of drugs by implementing the Drug Ordinance in 1952. In the Golden Triangle region located in the mountainous areas of Thailand, Myanmar, and Laos in the early 1960s increased trafficking activities in Malaysia hence becoming a real threat to Malaysia’s national security. This research aims to identify the entry of drugs from abroad and determine how much activity threatens nathreatensy.  This qualitative research utilised primary and secondary data from interviews with informants and data retrieved from books, article journals and academic thesis. The Economic Security Concept has been used in elaborating the research phenomena. The research findings have further explained the impact of drug smuggling activities from Thailand’s Golden Triangle on Malaysia’s economic security.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

01-07-2022

How to Cite

Amer Fawwaz Mohamad Yasid. (2022). PENYELUDUPAN DADAH DARI KAWASAN SEGI TIGA EMAS THAILAND SERTA KESAN TERHADAP KESELAMATAN EKONOMI MALAYSIA . Zulfaqar Journal of Defence Management, Social Science & Humanities, 5(1). Retrieved from https://zulfaqarjdmssh.upnm.edu.my/index.php/zjdmssh/article/view/106

Issue

Section

Articles