PERANG BETING MARAU 1849: KEMUNCAK KEPADA KONFLIK IBAN DAN RAJAH BROOKE
Keywords:
Beting Marau, James Brooke, Iban, peristiwa perang, SarawakAbstract
Peristiwa Perang Beting Marau yang berlaku pada 31 Julai 1849 merupakan sebuah titik akhir kepada penentangan Iban dari Saribas dan Skrang terhadap kekuasaan Brooke di Sarawak. Biarpun selepas peristiwa tersebut, Rentap bersama-sama pengikutnya masih berjuang sampai ke akhir hayatnya. Walau bagaimanapun kekuasaan Brooke dalam meluaskan empayarnya di Sarawak tidak dapat dibendung oleh dua kumpulan etnik ini iaitu Iban dari Saribas dan Skrang yang merupakan kumpulan Iban yang terakhir tunduk akan kekuasaan Rajah putih tersebut. Persoalan kajian adalah melihat bagaimana hubungan masyarakat Iban dari Saribas dan Skrang dengan James Brooke yang sehingga akhirnya membawa kepada kemucak konflik Perang Beting Marau 1849. Penyelidikan ini adalah bersifat Sejarah iaitu memfokuskan kepada hubungan Brooke dan Iban dari Saribas dan Skrang berdasarkan penulisan lepas iaitu buku dan jurnal. Dapatan mendapati selepas berlakunya Perang Beting Marau pada 1849 telah mengubah landskap kebudayaan masyarakat Iban terutamanya budaya Ngayau dan penerapan agama Kristian dalam komuniti tersebut. Oleh itu, kertas kerja ini adalah sangat signifikan untuk melihat perspektif sejarah dari penulisan tempatan bagi membantu menyeimbangi penulisan yang bersifat colonial narratives
ABSTRACT
The event of the Beting Marau War that occurred on July 31, 1849 was an end point to the resistance of the Ibans from Saribas and Skrang against Brooke's rule in Sarawak. Even after the incident, Rentap and his followers still fought until the end of their lives. However, Brooke's power in expanding his empire in Sarawak could not be stopped by these two ethnic groups, namely the Iban from Saribas and Skrang, which is the last Iban group to submit to the power of the white Rajah. The research question is to look at how the relationship between the Iban community from Saribas and Skrang and James Brooke led to the climax of the 1849 Beting Marau War. This research is historical in nature, focusing on the relationship between Brooke and the Iban community from Saribas and Skrang based on past writings such as books and journals. Findings found that after the Beting Marau War in 1849 had changed the cultural landscape of the Iban community, especially the Ngayau culture and the application of Christianity in the community. Therefore, this paper is very significant to see the historical perspective from local writing to help balance writing that is colonial narratives.