JEPUN SEBAGAI KUASA MARITIM ASIA PASIFIK

JAPAN AS ASIA PACIFIC’S MARITIME POWER

Authors

  • Noraini Zulkifli

Keywords:

Jepun, Kuasa maritim, Maritime Self-Defense Force, Asia Pasifik, Polisi Pertahanan Japan, Maritime power, Maritime Self-Defense Force, Asia Pacific, Defence Policy

Abstract

Jepun merupakan sebuah negara yang tidak mempunyai pasukan ketenteraan seperti mana negara lain kerana tertakluk kepada Perjanjian keselamatan dengan Amerika Syarikat pada tahun 1947 (merujuk kepada Artikel 9). Negara tersebut hanya dibenarkan untuk mempunyai Pasukan keselamatan yang dikenali sebagai Self- Defense Force (SDF) di mana pasukan lautnya dikenali sebagai Maritime Self-Defense Force (MSDF). Walaupun begitu pasukan – pasukan ini mempunyai kekuatan dan kemahiran yang setaraf dengan pasukan tentera. Keinginan Jepun untuk menjadi sebuah negara kuasa maritim di Asia Pasifik telah meningkat sejak China mula memodenkan aset serta menambahkan bilangan anggota tentera lautnya. Beberapa pembaharuan dalam pasukan serta polisi telah dilakukan untuk meningkatkan kecekapan selain meluaskan skop penyertaan di peringkat antarabangsa untuk menjadi pemain global. Namun sejauh mana negara Jepun mampu untuk menjadi kuasa maritim di Asia Pasifik setelah beberapa polisi keselamatan diubah sejak tahun 2004. Dengan menggunakan kajian antara tahun 2001- 2015, kajian ini menghujahkan kemampuan Jepun untuk bertindak sebagai pemain global melalui pasukan Maritime Self-Defense Force (MSDF). Kajian ini mempunyai dua objektif, iaitu untuk 1) Analisis Keupayaan Jepun sebagai Kuasa Maritim Asia Pasifik; 2) Analisis keupayaan Maritime Self-Defense Force (MSDF) sebagai pasukan pertahanan laut Jepun. Dapatan kajian mendapati bahawa Jepun perlu mengatasi faktor domestik seperti masalah kekurangan sumber manusia terlebih dahulu sebelum ia dapat menjadi pemain utama di peringkat Asia Pasifik.

Japan is a country that does not have the military force as other countries as subject to a Security Agreement with the United States in 1947 (refer to Article 9). That country is only allowed to have security forces known as the Self- Defense Force (SDF) and Maritime Self-Defense Force (MSDF) to protect its maritime territories. However, these group having the same strength and capabilities as troops. Japan’s desire to be a maritime power in Asia Pasific has increasing after China upgraded its maritime assets and enhanced the naval volume, where its has seems as threat to Japan. Several renewals in the team and policies had been done to enhancing competence, beside that it also to widen the scope of accompaniment in an international area as a global player. But the degree Japan’s capable of becoming a maritime power in Asia-Pacific after some security policy changed since 2004. This study has two objectives, namely to 1) analyse the ability of Japan as Asia Pacific’s maritime power, 2) analyse the Maritime Self-Defense Force (MSDF). The finding of this study is that, Japan need to overcome the entire domestic factors like the shrinking of population before she can be the main maritime power in Asia Pacific.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

30-06-2019

How to Cite

Noraini Zulkifli. (2019). JEPUN SEBAGAI KUASA MARITIM ASIA PASIFIK: JAPAN AS ASIA PACIFIC’S MARITIME POWER. Zulfaqar Journal of Defence Management, Social Science & Humanities, 2(1). Retrieved from https://zulfaqarjdmssh.upnm.edu.my/index.php/zjdmssh/article/view/26

Issue

Section

Articles