PENGARUH KETERIKATAN KERJA TERHADAP KOMITMEN ORGANISASI: KAJIAN DALAM AGENSI KESELAMATAN DI MALAYSIA
THE IMPACT OF WORK ENGAGEMENT ON ORGANIZATIONAL COMMITMENT: A STUDY IN A SECURITY AGENCY IN MALAYSIA
Keywords:
Keterikatan kerja, komitmen organisasi, komitmen afektif, pegawai polis Job engagement, organizational commitment, affective commitment, police officerAbstract
Keterikatan kerja dan komitmen organisasi merupakan dua faktor yang penting dan perlu diberi penekanan terhadap tingkah laku organisasi. Kedua-dua faktor ini adalah berbeza kerana keterikatan mendorong kepada komitmen di mana komitmen tidak dapat dicapai tanpa keterikatan daripada pekerja. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan secara langsung antara keterikatan kerja dengan komitmen afektif. Seramai 372 pegawai polis daripada lima kontinjen iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Sarawak dan Sabah telah dipilih sebagai sampel kajian. Keputusan kajian ini melalui pengujian hipotesis menggunakan PLS-SEM telah mendapati keterikatan kerja mempunyai hubungan positif yang kuat dan signifikan dengan komitmen afektif. Keterikatan kerja didapati mempunyai pengaruh yang kuat terhadap peningkatan komitmen afektif dalam kalangan pegawai polis. Oleh itu, pegawai polis yang memberi penyertaan secara menyeluruh terhadap tugas akan lebih mempamerkan kesetiaan dan komited terhadap organisasi.
Job engagement and organizational commitment are two important factors and need to be emphasized on organizational behavior. Both are different, as job engagement drives commitment, commitment cannot be achieved without employee engagement. The focus of this study is to investigate the direct relationship between job engagement and affective commitment. The study was conducted on 372 police officers in five states, namely Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Sarawak and Sabah were selected as a sample. The result of this study using PLS-SEM hypothesis testing showed that job engagement has a strong significant and positive direct relationship with the affective commitment. Job engagement was found to have a strong influence on increasing affective commitment among police officers. Therefore, police officers who give full participation to the task will be more loyal to and committed to the organization.