HUBUNGAN KECERDASAN EMOSI DAN MOTIVASI DALAM KALANGAN ANGGOTA 3 KOR ARMOR DIRAJA (KAD)

Authors

  • Dora Nurlaily Azman
  • Noraini Zulkifli

DOI:

https://doi.org/10.58247/jdmssh-2020-0301-04

Keywords:

Demografi, Emosi, Motivasi, Perkahwinan, Rejimen 3 Kor Armor DiRaja (KAD)

Abstract

Rejimen 3 Kor Armor DiRaja (KAD) merupakan unit berperisai yang penting dalam Tentera Darat Malaysia. Misi 3 KAD adalah “Pasukan Tempur Yang Kredibel Dalam Operasi Ofensif dan Defensif. Dalam melaksanakan tugas sebagai anggota tentera, mereka menghadapi pelbagai risiko di mana tahap kecergasan dan motivasi mereka diuji. Kajian ini mempunyai tiga objektif iaitu 1) Mengenalpasti tahap kecerdasan emosi dan tahap motivasi di kalangan anggota 3 KAD; 2) Menentukan hubungan dimensi kecerdasan emosi dengan motivasi di kalangan anggota 3 KAD; 3) Mengenalpasti perbezaan tahap motivasi berdasarkan demografi (pangkat, status perkahwinan dan tempoh perkhidmatan) di kalangan anggota 3 KAD. Kajian ini menggunakan metod kuantitatif. Data primer dikumpulkan melalui kaedah kaji selidik  terhadap anggota Rejimen 3 KAD. Data sekunder pula dikumpul daripada kajian perpustakaan berdasarkan bahan ilmiah, tesis, artikel jurnal, atau data atas talian. Hasil analisis menunjukkan tahap kecerdasan emosi anggota berada di tahap tinggi manakala motivasi mereka berada di tahap sederhana. . Dapatan  kajian telah menunjukkan bahawa kecerdasan emosi berdasarkan dimensi intrapersonal tidak mempunyai hubungan dengan motivasi, namun berlaku sebaliknya bagi dimensi interpersonal dalam kalangan anggota 3 KAD. Selain itu, hanya satu faktor demografi yang mempunyai perbezaan tahap motivasi secara signifikan iaitu berdasarkan pangkat. Namun kajian mendapati tidak terdapat perbezaan tahap motivasi berdasarkan status perkahwinan dan tempoh perkhidmatan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

30-06-2020

How to Cite

Dora Nurlaily Azman, & Noraini Zulkifli. (2020). HUBUNGAN KECERDASAN EMOSI DAN MOTIVASI DALAM KALANGAN ANGGOTA 3 KOR ARMOR DIRAJA (KAD). Zulfaqar Journal of Defence Management, Social Science & Humanities, 3(1). https://doi.org/10.58247/jdmssh-2020-0301-04

Issue

Section

Articles